Karya Si Pemuda

Karya Si Pemuda
Manusia Insan Seni

Thursday, January 5, 2012

PENDAM 1

EXT. HALAMAN RUMAH TERES - PAGI

Jam ditangan Kamal jelas menunjukkan tepat jam 7 pagi, motor skuternya terus dihidupkan dan selepas itu dia mula memakai jaket hitam dan topi keledar. Cuaca pagi yang agak mendung begitu tenang, namun kelibat emaknya, Sakinah sedang memerhati anaknya sebelum berangkat gerak ke kuliah. Sakinah bersandar dipintu rumah hadapannya.

Sakinah

(Senyum)

MAL, JANGAN LUPA BELAJAR RAJIN-RAJIN YA… INGAT PESAN MAK NIH..

Kamal

(Senyum sambil mengerut dahi)

MAL TAU LAH MAK…HARI-HARI MAK PESAN BENDA YANG SAMA..BAIKLAH MAK,MAL GERAK DULU..NANTI LEWAT PULAK SAMPAI.. ASSALAMUALAIKUM.

Sakinah

WA’LAIKUMMUSSALAM..

kamal tersenyum lalu mencium sebelum gerak meninggalkan halaman rumahnya.Sakinah menggeleng-geleng kepalanya dengan senyuman tanda itulah melayan gelagat anaknya dan terus masuk ke rumah, menyambung menyiapkan tugas rutin hariannya sebagai penjual nasi lemak.

INT. RUMAH TERES, DAPUR - PAGI

Sakinah sedang menyiapkan kerja rutin hariannya sebagai penjual nasi lemak. Dia mula terkenang nasib yang menimpanya. Kehidupan keluarganya hura-hara. Sentiasa bergaduh dengan suaminya, Sufian. Akibat pergaduhan mereka, Kamal sering dipinggirkan. Ayahnya sentiasa joli dan keluar dengan wanita tanpa sebarang hubungan, mengabaikan keluarga itulah sifatnya.Namun, dia sayangkan kamal walaupun hidupnya penuh dengan kekotoran.

INT. JALAN RAYA – PAGI HARI YANG SAMA

Sedang leka memandu motor kesayangannya, tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, kamal terus memandu dengan jiwa yang tenang dan berharap hari pertamanya melanjutkan pelajaran di universiti memberi seribu erti buatnya.

Selepas 5 minit dalam perjalanan, tiba-tiba hujan rintik-rintik mula turun dan keadaan ini mula membuatkan hati kamal mengelabah. Sementara itu, kelibat seorang gadis bertudung sedang berjalan kaki mula berlari menuju ke hentian bas dalam keadaan terburu-buru di persimpangan jalan.

Dengan keadaan yang tergopoh-gapah, kamal terlanggar lopak air dan kebetulan itu pula percikkan air itu terkena kepada gadis berkenaan.

Kain hujungnya terkena sedikit

Aida

(Mengamuk)

HEI, KURANG ASAM PUNYE ORANG.. KALAU YE PUN NAIK MOTOR TUH PANDANG LA JALAN TUH..JANGAN MAIN HENTAM JER..HISH…

Ternyata gadis itu memang berang dengan tindakan kamal. Kamal rasa bersalah lalu memberhentikan motornya,

Kamal

OPPSS..SORRY AWAK, SAYA TAK SENGAJA.. AL-MAKLUM LAH HUJAN NIH..AWAK OKEY TAK?

Gadis tersebut pergi menuju ke motor kamal dalam keadaan tangan kirinya mengangkat kain sedikit dan tangan kanannya mengalas buku,lalu menolak motor kamal dengan selambanya. Kamal terjatuh sedikit.

Kamal

ADUH,APA LA AWK NIH..SAYA DAH MINTAK MAAF PUN..MASIH NAK MARAH-MARAH..HUH!

Gadis tersebut senyum sinis tanda ketidakpuas hatinya telah terbalas lalu terus beredar dan berjalan menuju ke hentian bas tanpa berpaling kearah kamal.

INT. PARKING MOTOSIKAL ,FAKULTI SENI BINA - PAGI HARI YANG SAMA

Hujan yang rintik itu tadi mula reda. Kamal tiba di kawasan meletak kenderaan dan melihat begitu ramai pelajar yang berada dikawasan tersebut. Dia meletak motornya betul-betul bersebelahan motor seorang pelajar lelaki yang ketika itu sedang mengunci motornya. Ternyata, mereka semua adalah pelajar-pelajar baru yang sama dengan kamal untuk memulakan kuliah pertama hari ini. Namun dalam jiwa yang ketakutan mula menular dalam hatinya.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang bersebelahan kamal tadi menegurnya dalam keadaan skema berpakaian kemas, memakai kaca mata,berkemeja dan berseluar slack.

Shuib

(Senyum)

HAI, SAYA SHUIB BIN HARUN…. ANAK KEPADA HARUN,TOKEY SYARIKAT PENGELUAR SURAT KHABAR SINAR..HAHA

Kamal terkejut dengan muka yang resah kerana sebelum ini beliau tidak pernah berkawan dengan mana-mana orang. Beliau lebih gemar menyendiri tetapi terpaksa juga bersalam

Kamal

(dalam keadaan terpaksa)

HAI, AKU KAMAL…HURMM.. (SAMBIL BERFIKIR) AMBIL JURUSAN SENI BINA…HAAA…SORRY LA..AKU DAH LAMBAT NIH

kamal terus pergi tanpa memikirkan hal shuib

Shuib

EH, MAMAT NIH….ORANG NAK KAWAN DENGAN DIA, BOLEH PULAK ADA HAL..HURM.. TAK PE..TAK PE.. FIRST DAY BELAJAR..PAPE PUN AKU KENA STEADY..COOL..

EXT. BILIK KULIAH, BANGUNAN FAKULTI – PAGI HARI YANG SAMA

Kamal tiba dipintu luar dewan kuliah dengan keadaan yang tenang lalu dia cuba membuka pintu dengan memulas tombol tetapi Aida yang tiba dalam keadaan kelam kabut terlanggar si kamal dan mereka berdua terjatuh sambil beberapa helaian kertas bertaburan dilantai.

Kamal dan aida cuba mengemas helaian kertas bersama dan aida terkejut lalu berdiri.

Aida

(marah)

HEI!!!.....AWAK LAGI!....HUH,TENGOK TU.. JALAN BUKANNYA NAK TENGOK KIRI KANAN.. MAIN REDAH JER..

Kamal yang sedang mengutip helaian kertas tersebut bangun dan menggaru kepalanya

Kamal

(keliru)

SIAPA YANG TAK TENGOK SIAPA NIH??...HUH..

helaian kertas tadi yang dikutipnya lalu diberikan kepada Aida

NAHH…

EH, AWAK CARI KELAS KE? KELAS APE?

Aida

(menjeling)

HAHA…TAK KAN NAK CARI TANDAS KOT..SAYA CARI KELAS LAH.. KENAPE?? NAK MENYIBUK..ISHHH

Kertas yang aida pegang jelas tepampang tertulis Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan pada ketika itu kamal melihat kertas tersebut.

Kamal

(menunjuk)

OWHH… AMBIL BIDANG ARCHITECTURE RUPANYA..NI HAAA KELASNYA

Aida

(geram)

OWHH…KIRANYA AWAK NIH SAMA COURSE DENGAN SAYA LAH NIH…HUH, NASIB BAIK SAMA.. KALAU TAK DAH LAMA SAYA PENYET JADI MACAM CICAK KUBING

Aida pun terus masuk ke bilik kuliah tanpa memberi senyuman kepada kamal kerana dendamnya makin terasa semenjak kejadian awal pagi tadi. Ternyata gadis bertudung itu memang bersikap sinis. Kamal pula mengangkat bahunya seperti mengerti karenah perangai wanita zaman sekarang dan masuk ke bilik kuliah selepas aida masuk.

EXT. BILIK KULIAH, BANGUNAN FAKULTI – PETANG

Selepas tamat kuliah, masing-masing berkumpul diluar bagi memulakan sesi perkenalan dan mengenali antara satu same lain tetapi tidak pada kamal yang tetap bersendirian. Tidak bergaul dengan mana-mana lelaki lain. Ternyata itulah sifat beliau sebenarnya.

Sedang leka aida bersembang dengan rakannya, sempat juga aida menoleh ke arah kamal. Aida perasan dengan tindakan kamal lalu menegur

Aida

(lemah lembut dan senyum)

ASSALAMUALAIKUM.. KENAPA SORANG-SORANG JER NIH? NAMPAK MACAM ADA MASALAH JER?

Kamal

(terkejut)

WA’ALAIKUMMUSSALAM…ERKK…HA..TAKDE LA..

ketika itu kamal terfikir tentang hal ayahnya yang sering menimbulkan masalah kepada keluarganya.

OWHH YE…AWAK MAAFLAH HAL YANG PAGI TADI… SAYA BETUL-BETUL TAK SENGAJA

Aida

(senyum)

“HURM..OWH..PASAL TUH.. SAYA PUN NAK MINTAK MAAF HAL PAGI TADI JUGAK SEBAB LANGGAR AWAK.. TAPI.. SEBAGAI DENDA..AWAK KENA BELANJA SAYA MAKAN KAT CAFÉOKEY?”

Kamal

“OKEY!”

Di café, sesi perkenalan mereka berdua telah menjadi rapat sehinggakan menjadi rakan sekelasnya yang baik. Itulah kisah silam pengenalan pertama mereka dan kenangan ketika waktu belajar dahulu. Mereka berdua menceritakan kisah itu sewaktu makan disebuah restoran dengan berpakaian lepas waktu bekerja sambil ketawa santai.

No comments: