Sebuah cerita mengenai cinta antara 3 insan yang berbeza latar belakang dan mempunyai pergolakan antara mereka bertiga. Aida merupakan seorang gadis yang bertudung yang memiliki rupa paras yang cantik memang digemari oleh ramai peminat. Namun, pilihannya adalah Hisyam seorang jejaka yang berperwatakan menarik tetapi disebaliknya tersirat seribu kisah tersendiri. Kamal pula, adalah seorang lelaki yang sangat meminati aida sehinggakan sanggup berdendam dengan Hisyam. Kamal sebenarnya mempunyai masalah dengan keluarganya sihanggakan beliau menghidap penyakit mental. Oleh itu, Ruang hidup Hisyam hanya diketahui oleh kamal dan Kamal cuba menjelaskan kisah sebenar ruang hidup hisyam kepada Aida, namun aida tidak mempercayainya. Oleh hal yang demikian, berlakulah pemberontakan dalam jiwa kamal untuk membunuh Hisyam. Hisyam mati dibunuh oleh Kamal. Bagaimanakah kehidupan konflik yang berlaku pada Aida dan Kamal selepas itu? Dan bagaimana pula kisah ruang hidup Hisyam yang sebenar? Qarma, sebuah cerita sejati yang hanya mementingkan diri sendiri dan akhirnya tidak menguntungkan siapa-siapa.Akibat itu, takdir dan kemahuan telah menjejaskan pergolakan hidup mereka.
Mengenai warna warni tentang perjalanan sesebuah kehidupan yang bergelar khalifah dimuka bumi ini
Thursday, September 8, 2011
Ant@ra T@kdir & Kem@huan
Wednesday, September 7, 2011
Duga@n
Allah Azza wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran;
“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan;
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]
Ayat tersebut adalah cebisan kalam peringatan di dalam Al-Quran daripada Allah mengenai dugaan serta ujian yang akan ditimpakan kepada para manusia dan melalui jalan apa manusia itu bakal diuji.
Monday, September 5, 2011
Seni Bina Terbaik
SETIAP kali melihat bangunan-bangunan yang ada di sekeliling, kebiasaannya kita hanya melihat kepada nilai luaran yang mengindahkan ciri-ciri senibinanya. Jarang sekali kita bertanyakan siapa arkitek yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan tersebut.
Dalam menjayakan sesuatu rekaan bangunan, sentuhan kreatif seseorang arkitek sangat diperlukan namun pastinya ia bukan semudah yang kita lihat. Secara umumnya arkitek merupakan orang yang layak untuk mereka bentuk, menasihat serta menentukan fungsi estetik dan teknikal sesebuah bangunan.
Perkataan "arkitek" berasal dari perkataan Latin, architectus dan Greek, arkhitekton yang mana ia membawa maksud pembina asal. "Arkhi" membawa maksud ketua dan "tekhton" bermaksud pembina atau tukang kayu.
Senibina ini dilihat sebenarnya melalui beberapa aspek iaitu
1.Ketuhanan2.Persekitaran
3.Zaman Gelap
5.Seni Bina Moden