Karya Si Pemuda

Karya Si Pemuda
Manusia Insan Seni

Monday, January 9, 2012

ALAM LIMA 2012


Sebagai penyambung tradisi, Universiti Teknologi MARA Shah Alam telah dipertanggugjawabkan untuk menguruskan‘Assembly of Landscape Architecture Students Malaysia’ ALAM LIMA 2012. Program ini merupakan program kesinambungan daripada ALAM 2007 yang julung kali diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2007, ALAM 2008 di Universiti Teknologi Malaysia, ALAM 2009 di Universiti Teknologi Mara Perak dan ALAM 2010 di Universiti Putra Malaysia. Program ini akan disertai oleh pelajar-pelajar Kursus Senibina Landskap dari seluruh universiti di Malaysia.

Visi
Perhimpunan Pelajar-Pelajar Senibina Landskap Malaysia (ALAM) adalah program yang dinaungi oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) pada setiap tahun. Bermotifkan program ilmiah kepada semua pelajar dari seluruh institusi pendidikan tempatan, ALAM turut membincangkan pelbagai isu berkaitan, selari dengan usaha memperkasakan bidang Senibina Landskap di Malaysia

Misi
Menjadikan ALAM LIMA 2012 sebagai program perkongsian ilmu, kemahiran dan kreativiti di antara peserta melalui pelbagai aktiviti, sekaligus mempromosikan ikatan silaturrahim yang kukuh di kalangan peserta yang terlibat.


No comments: