Karya Si Pemuda

Karya Si Pemuda
Manusia Insan Seni

Tuesday, January 31, 2012

Pencinta Terbaik - OST Cinta Kura-Kura

Friday, January 13, 2012

PENDAM 2

3 TAHUN KEMUDIAN

INT. RUMAH TERES, DAPUR – PAGI

Sedang Sarimah menyiapkan sarapan pagi. Aida tiba dihadapannya dan turut membantu Sarimah.

Aida

(senyum)

ASSALAMUALAIKUM..SELAMAT PAGI IMAH.. KAU TAK PERGI KERJA KE ARINI?

Sarimah

(Senyum)

WA’ALAIKUMMUSSALAM..SELAMAT PAGI, EH..PERGILAH..AKU LAMBAT SIKIT HARI NI..SEBAB BOSS AKU ADA PESAN BELI BARANG..WAHH, CANTIK KAU HARI NI MISS AIDA..ADA DATE NGAN SAPE-SAPE KE HARI NI?

Aida

ISH…KAU NIH, KAN AKU HARI-HARI PAKAI CAMNI.. TIME KERJA LAH NAK CANTIK-CANTIK..

WAHH, BOSS KAU BUKAN MAIN KIRIM LAGI SURUH BELI BARANG.. KAU ADA PAPE KE NGAN BOSS KAU TUH? SCANDLE EH? HAHA…

Sarimah

(mengerut)

HAHA..KAU NIH..ADA-ADA JER NAK USIK AKU KAN..TAKDE LAH.. BOSS AKU PESAN BELIKAN BUNGA ROSE, NAK SAMBUT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN DIA HARI NI, KATANYA..

Aida

(terpegun)

WAHH… ROMANTIKNYA BOSS KAU… BERTUAH ISTERI DIA KAN?? HURM… HARAP ONE DAY AKU PUN DAPATLAH LELAKI IDAMAN MACAM BOSS KAU TUH… HIHI

Sarimah

(senyum)

HAHA..GEDIKNYA KAU NIH…DAH-DAH.. JOM SARAPAN,LEWAT PLAK NAK PERGI KEJE NANTI…

Aida

JOM..

Mereka bersarapan bersama lalu masing- masing pergi ke tempat kerja.

EXT. TAMAN REKREASI – PAGI YANG SAMA

Sedang leka Aida berjalan kaki untuk menuju ke tadika sebagai seorang guru kanak-kanak sementara. Dia terlihat sebuah kereta BMW bersama seorang jejaka yang handsome sedang memerhati tayarnya yang pancit.

Hisyam yang dalam keadaan kelam kabut itu cuba menelefon rakanya tetapi sudah beberapa kali cuba menghubungi namun tidak berjaya.

Hisyam

(Bengang)

HISH…SIAL BETUL..KENAPA TAK ANGKAT PLAK CALL AKU.. MEMANG NAK KENE NGAN AKU NIH BARD.. ANGKAT LA MANGKUK…!

Sambil memegang telefonnya,Hisyam ternampak Aida lalu menegur

EH…CIK, BOLEH BANTU SAYA TAK?

Aida

(Senyum)

ASSALAMUALAIKUM ENCIK..ADA APA-APA BOLEH SAYA BANTU.. HURM.. MAAF LAH KALAU NAK SURUH SAYA TUKARKAN TAYAR NIH MEMANG TAK BOLEH SEBAB SAYA NIH PEREMPUAN LAGIPUN PEREMPUAN TAK ANGKAT BENDA-BENDA BERAT CAMNI.. SORRY LAH, LEBIH BAIK ENCIK MINTAK PERTOLONGAN ORANG LAIN EH..

Hisyam

(terpegun)

HURM…WA’ALAIKUMMUSSALAM..EH..EH… BUKAN, SAYA NAK MINTAK PINJAM FON CIK..SEBAB FON SAYA KEBETULAN PULAK BATTRY PULAK TAKDE..BOLEH PINJAMKAN TAK?

Aida

(tersipu malu)

OWHH…MAAFLAH INGATKAN APA TADI.. NAHH…

Hisyam

(senyum)

THANKS…

HELLO…BARD, KO NIH…AKU DAH BERAPA KALI TELEFON KO TAK ANGKAT… KO TIDUR KER?

EH, MEH AMBIK AKU KAT TAMAN REAKREASI PJS 10 NIH…KERETA AKU PANCIT.. CEPAT SIKIT..

HURM…NAHH..TERIMA KASIH CIK..


Aida

SAMA-SAMA..

Hisyam

HURM…NAMA CIK SAPA? SORRY LAH NYUSAHKAN JER..

Aida

SAYA AIDA, HURM..MAAFLAH SAYA NAK KE TEMPAT KERJA NIH..DAH LAMBAT.. ASSALAMUALAIKUM..

Hisyam

WA..WA’ALAIKUMMUSSALAM…

Aida berlalu pergi sementara itu pandangan hisyam terhadap aida tidak beralih..seolah-olah menemu cinta sejatinya.

CUT TO

EXT. JALAN RAYA – PAGI YANG SAMA

Kamal pagi itu juga sedang melalui jalan yang sama menuju ke tempat kerjanya. Kebetulan pula, kamal ternampak kelibat Aida yang sedang menuju ke tempat kerjanya

Kamal

WAIT…WAIT…WAIT… ASSALAMUALAIKUM CIK, BOLEH TUMPANG TANYA? (perli)

Aida

(terkejut)

EH….WA..WA’ALAIKUMMUSSALAM..KAMAL, AWAK BUAT APA KAT SINI, NGENDAP SAYA EH…HAHA..HURM..

Kamal

(Senyum)

HAHA…TAK DE MASA LAH SAYA NAK NGENDAP AWAK CIK CANTIK MANIS BERTUDUNG.. KEBETULAN LALU KAT SINI..TERNAMPAK AWAK TUH YANG TEGUR, KALU TAK TEGUR NANTI SOMBONG PLAK.. CANTIKNYA AWAK HARI NI.. ADA DATE KE?? HIHI

Aida

(senyum)

HISHH… TAKDE LA..SAYA MACAM BIASA JER NIH..EH, TAK LEWAT KE KERJA NANTI?

Kamal

ALA..TAK PE..KERJA PART TIME SEMENTARA DAPAT YANG BARU.. OKEY GAK KERJA MAT DESPATCH NIH.. OKEY LAH MISS AIDA..I HAVE TO GO.. SEE YOU SOON..MAKE A SMILE ALWAYS OKEY.. !!

Aida

(senyum)

OKEY..BAIKLAH SI HANDSOME KAMAL.. YOU TOO..

Sebenarnya, sebelum itu kamal perasan dengan adegan aida dengan hisyam sebentar tadi.Niatnya ingin bertanya tentang hal yang berlaku tadi. Namun beliau merubah fikiran.Kamal terus pergi ke tempat kerja.

INT. KERETA MAZDA R7 –PAGI

Sedang badrul memandu kereta. Sebelahnya pula, hisyam yang wajahnya tenang dan tersenyum terus meminta telefon bimbit dari badrul.

Hisyam

BARD..BAGI FON KO KAT AKU JAP..

Badrul

KO NAK BUAT APE??

Hisyam

HISH..BANYAK TANYA PULAK DIA..ALAA..BAGI JE LAH..

Badrul

HURM..NAH..KO NIH, TAK KAN CREADIT TAKDE KOT..ORANG KAYA..

Hisyam

EHH..PANDAI MENJAWAB SEKARANG.. ADALAH AKU PUNYA KERJA.. BAIK KO TUMPU DRIVE..

Hisyam mencari nombor yang dia pinjamkan fon dari aida tadi.

HAA….NI PUN.. OKEY.. NAH..!

Badrul

HISH…LAIN MACAM JE AKU TENGOK KO NIH..TADI KO PAKAI FON SAPA??

Hisyam

HAHH…TAKDE LA..TU LA TADI AKU CALL KO 2,3,4 KALI KO TAK ANGKAT.. AKU CALL KO PAKAI NOMBOR LAIN BARU KO ANGKAT KAN..

TADI ADA SORANG AWEK LALU. KEBETULAN PLAK HANDFON AKU DAH ABIS BATTERY..LUPA NAK CHARGE..PASTU AKU TRY MINTAK PINJAMKAN FON DIA..TERKEJUT GAK DAPAT.. HEHE..

Badrul

HUH..AWEKS TUH..UNTUNG LAH KO KAN.. LAIN LAH AKU NIH

Hisyam

KO MEMANG..SAPA SUH TIDO..AWEK MANA LAH NAK PANDANG.. WEHH, KITA PERGI KE RUMAH MAK BEDAH..

Badrul

BAIK BOSS..

EXT. RUMAH BEDAH – PAGI

Hisyam

MAK CIK BEDAH…NAK SAYA CAKAP KASAR KER? MAK CIK, SAYA DATANG NAK MINTAK BUKANNYA NAK DERMA…MAK CIK FAHAM KANNN…

Mak Bedak

(Ketakutan)

MAK…MAK CIK FAHAM NAK…TAPI…

Hisyam

TAPI APA LAGI??

Suasana terdiam sebentar

HURM…MACAM NIH LAH..MEMANDANGKAN HARI NI MOOD SAYA OKAY..SO, SAYA BAGI TEMPOH 48 JAM TUK SETTLEKAN MASALAH NI..

K,CHOW!!!

Mak Bedah

TERIMA KASIH NAK..NANTI MAK CIK JANJI MAK CIK TUNAIKAN…

Monday, January 9, 2012

ALAM LIMA 2012


Sebagai penyambung tradisi, Universiti Teknologi MARA Shah Alam telah dipertanggugjawabkan untuk menguruskan‘Assembly of Landscape Architecture Students Malaysia’ ALAM LIMA 2012. Program ini merupakan program kesinambungan daripada ALAM 2007 yang julung kali diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2007, ALAM 2008 di Universiti Teknologi Malaysia, ALAM 2009 di Universiti Teknologi Mara Perak dan ALAM 2010 di Universiti Putra Malaysia. Program ini akan disertai oleh pelajar-pelajar Kursus Senibina Landskap dari seluruh universiti di Malaysia.

Visi
Perhimpunan Pelajar-Pelajar Senibina Landskap Malaysia (ALAM) adalah program yang dinaungi oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) pada setiap tahun. Bermotifkan program ilmiah kepada semua pelajar dari seluruh institusi pendidikan tempatan, ALAM turut membincangkan pelbagai isu berkaitan, selari dengan usaha memperkasakan bidang Senibina Landskap di Malaysia

Misi
Menjadikan ALAM LIMA 2012 sebagai program perkongsian ilmu, kemahiran dan kreativiti di antara peserta melalui pelbagai aktiviti, sekaligus mempromosikan ikatan silaturrahim yang kukuh di kalangan peserta yang terlibat.


Friday, January 6, 2012

PROLOG PENDAM


Sesi Pengambilan pelajar baru Uitm Shah Alam telah bermula, Tidak ketinggalan juga Kamal. Hari pertama mengingatkan kisah perkenalannya antara Aida dimana dia mula jatuh hati pada Aida tanpa disedari oleh gadis yang bertudung ayu itu. Kisah yang berlaku 5 tahun lalu dipendam sehingga kini oleh Kamal sehinggakan mereka berdua memiliki kerjaya masing-masing. Aida bekerja sebagai akauntan manakala kamal pula bergelar Arkitek yang berjaya disebuah Syarikat ternama di Malaysia (AZRB Sdn. Bhd.) Namun, pertembungan Aida dan Hisyam mewujudkan bibit-bibit percintaan antara mereka berdua sambil diperhatikan oleh Kamal. Ruang hidup Hisyam begitu rahsia malah terbongkar akibat kamal terlalu mencintai Aida. Hisyam mati dibunuh. Siapakah pembunuh tersebut? adakah kamal atau kewujudan seseorang? bagaimana pula, kisah ruang hidup kamal sehiggakan pelbagai tragedi timbul atas dirinya? apakah tindakan Aida? kerana pendam, semuanya kerana antara Takdir dan kemahuan.

Ikutilah P.E.N.D.A.M selama 15 Episode ini. thanks..:)

Thursday, January 5, 2012

PENDAM 1

EXT. HALAMAN RUMAH TERES - PAGI

Jam ditangan Kamal jelas menunjukkan tepat jam 7 pagi, motor skuternya terus dihidupkan dan selepas itu dia mula memakai jaket hitam dan topi keledar. Cuaca pagi yang agak mendung begitu tenang, namun kelibat emaknya, Sakinah sedang memerhati anaknya sebelum berangkat gerak ke kuliah. Sakinah bersandar dipintu rumah hadapannya.

Sakinah

(Senyum)

MAL, JANGAN LUPA BELAJAR RAJIN-RAJIN YA… INGAT PESAN MAK NIH..

Kamal

(Senyum sambil mengerut dahi)

MAL TAU LAH MAK…HARI-HARI MAK PESAN BENDA YANG SAMA..BAIKLAH MAK,MAL GERAK DULU..NANTI LEWAT PULAK SAMPAI.. ASSALAMUALAIKUM.

Sakinah

WA’LAIKUMMUSSALAM..

kamal tersenyum lalu mencium sebelum gerak meninggalkan halaman rumahnya.Sakinah menggeleng-geleng kepalanya dengan senyuman tanda itulah melayan gelagat anaknya dan terus masuk ke rumah, menyambung menyiapkan tugas rutin hariannya sebagai penjual nasi lemak.

INT. RUMAH TERES, DAPUR - PAGI

Sakinah sedang menyiapkan kerja rutin hariannya sebagai penjual nasi lemak. Dia mula terkenang nasib yang menimpanya. Kehidupan keluarganya hura-hara. Sentiasa bergaduh dengan suaminya, Sufian. Akibat pergaduhan mereka, Kamal sering dipinggirkan. Ayahnya sentiasa joli dan keluar dengan wanita tanpa sebarang hubungan, mengabaikan keluarga itulah sifatnya.Namun, dia sayangkan kamal walaupun hidupnya penuh dengan kekotoran.

INT. JALAN RAYA – PAGI HARI YANG SAMA

Sedang leka memandu motor kesayangannya, tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, kamal terus memandu dengan jiwa yang tenang dan berharap hari pertamanya melanjutkan pelajaran di universiti memberi seribu erti buatnya.

Selepas 5 minit dalam perjalanan, tiba-tiba hujan rintik-rintik mula turun dan keadaan ini mula membuatkan hati kamal mengelabah. Sementara itu, kelibat seorang gadis bertudung sedang berjalan kaki mula berlari menuju ke hentian bas dalam keadaan terburu-buru di persimpangan jalan.

Dengan keadaan yang tergopoh-gapah, kamal terlanggar lopak air dan kebetulan itu pula percikkan air itu terkena kepada gadis berkenaan.

Kain hujungnya terkena sedikit

Aida

(Mengamuk)

HEI, KURANG ASAM PUNYE ORANG.. KALAU YE PUN NAIK MOTOR TUH PANDANG LA JALAN TUH..JANGAN MAIN HENTAM JER..HISH…

Ternyata gadis itu memang berang dengan tindakan kamal. Kamal rasa bersalah lalu memberhentikan motornya,

Kamal

OPPSS..SORRY AWAK, SAYA TAK SENGAJA.. AL-MAKLUM LAH HUJAN NIH..AWAK OKEY TAK?

Gadis tersebut pergi menuju ke motor kamal dalam keadaan tangan kirinya mengangkat kain sedikit dan tangan kanannya mengalas buku,lalu menolak motor kamal dengan selambanya. Kamal terjatuh sedikit.

Kamal

ADUH,APA LA AWK NIH..SAYA DAH MINTAK MAAF PUN..MASIH NAK MARAH-MARAH..HUH!

Gadis tersebut senyum sinis tanda ketidakpuas hatinya telah terbalas lalu terus beredar dan berjalan menuju ke hentian bas tanpa berpaling kearah kamal.

INT. PARKING MOTOSIKAL ,FAKULTI SENI BINA - PAGI HARI YANG SAMA

Hujan yang rintik itu tadi mula reda. Kamal tiba di kawasan meletak kenderaan dan melihat begitu ramai pelajar yang berada dikawasan tersebut. Dia meletak motornya betul-betul bersebelahan motor seorang pelajar lelaki yang ketika itu sedang mengunci motornya. Ternyata, mereka semua adalah pelajar-pelajar baru yang sama dengan kamal untuk memulakan kuliah pertama hari ini. Namun dalam jiwa yang ketakutan mula menular dalam hatinya.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang bersebelahan kamal tadi menegurnya dalam keadaan skema berpakaian kemas, memakai kaca mata,berkemeja dan berseluar slack.

Shuib

(Senyum)

HAI, SAYA SHUIB BIN HARUN…. ANAK KEPADA HARUN,TOKEY SYARIKAT PENGELUAR SURAT KHABAR SINAR..HAHA

Kamal terkejut dengan muka yang resah kerana sebelum ini beliau tidak pernah berkawan dengan mana-mana orang. Beliau lebih gemar menyendiri tetapi terpaksa juga bersalam

Kamal

(dalam keadaan terpaksa)

HAI, AKU KAMAL…HURMM.. (SAMBIL BERFIKIR) AMBIL JURUSAN SENI BINA…HAAA…SORRY LA..AKU DAH LAMBAT NIH

kamal terus pergi tanpa memikirkan hal shuib

Shuib

EH, MAMAT NIH….ORANG NAK KAWAN DENGAN DIA, BOLEH PULAK ADA HAL..HURM.. TAK PE..TAK PE.. FIRST DAY BELAJAR..PAPE PUN AKU KENA STEADY..COOL..

EXT. BILIK KULIAH, BANGUNAN FAKULTI – PAGI HARI YANG SAMA

Kamal tiba dipintu luar dewan kuliah dengan keadaan yang tenang lalu dia cuba membuka pintu dengan memulas tombol tetapi Aida yang tiba dalam keadaan kelam kabut terlanggar si kamal dan mereka berdua terjatuh sambil beberapa helaian kertas bertaburan dilantai.

Kamal dan aida cuba mengemas helaian kertas bersama dan aida terkejut lalu berdiri.

Aida

(marah)

HEI!!!.....AWAK LAGI!....HUH,TENGOK TU.. JALAN BUKANNYA NAK TENGOK KIRI KANAN.. MAIN REDAH JER..

Kamal yang sedang mengutip helaian kertas tersebut bangun dan menggaru kepalanya

Kamal

(keliru)

SIAPA YANG TAK TENGOK SIAPA NIH??...HUH..

helaian kertas tadi yang dikutipnya lalu diberikan kepada Aida

NAHH…

EH, AWAK CARI KELAS KE? KELAS APE?

Aida

(menjeling)

HAHA…TAK KAN NAK CARI TANDAS KOT..SAYA CARI KELAS LAH.. KENAPE?? NAK MENYIBUK..ISHHH

Kertas yang aida pegang jelas tepampang tertulis Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan pada ketika itu kamal melihat kertas tersebut.

Kamal

(menunjuk)

OWHH… AMBIL BIDANG ARCHITECTURE RUPANYA..NI HAAA KELASNYA

Aida

(geram)

OWHH…KIRANYA AWAK NIH SAMA COURSE DENGAN SAYA LAH NIH…HUH, NASIB BAIK SAMA.. KALAU TAK DAH LAMA SAYA PENYET JADI MACAM CICAK KUBING

Aida pun terus masuk ke bilik kuliah tanpa memberi senyuman kepada kamal kerana dendamnya makin terasa semenjak kejadian awal pagi tadi. Ternyata gadis bertudung itu memang bersikap sinis. Kamal pula mengangkat bahunya seperti mengerti karenah perangai wanita zaman sekarang dan masuk ke bilik kuliah selepas aida masuk.

EXT. BILIK KULIAH, BANGUNAN FAKULTI – PETANG

Selepas tamat kuliah, masing-masing berkumpul diluar bagi memulakan sesi perkenalan dan mengenali antara satu same lain tetapi tidak pada kamal yang tetap bersendirian. Tidak bergaul dengan mana-mana lelaki lain. Ternyata itulah sifat beliau sebenarnya.

Sedang leka aida bersembang dengan rakannya, sempat juga aida menoleh ke arah kamal. Aida perasan dengan tindakan kamal lalu menegur

Aida

(lemah lembut dan senyum)

ASSALAMUALAIKUM.. KENAPA SORANG-SORANG JER NIH? NAMPAK MACAM ADA MASALAH JER?

Kamal

(terkejut)

WA’ALAIKUMMUSSALAM…ERKK…HA..TAKDE LA..

ketika itu kamal terfikir tentang hal ayahnya yang sering menimbulkan masalah kepada keluarganya.

OWHH YE…AWAK MAAFLAH HAL YANG PAGI TADI… SAYA BETUL-BETUL TAK SENGAJA

Aida

(senyum)

“HURM..OWH..PASAL TUH.. SAYA PUN NAK MINTAK MAAF HAL PAGI TADI JUGAK SEBAB LANGGAR AWAK.. TAPI.. SEBAGAI DENDA..AWAK KENA BELANJA SAYA MAKAN KAT CAFÉOKEY?”

Kamal

“OKEY!”

Di café, sesi perkenalan mereka berdua telah menjadi rapat sehinggakan menjadi rakan sekelasnya yang baik. Itulah kisah silam pengenalan pertama mereka dan kenangan ketika waktu belajar dahulu. Mereka berdua menceritakan kisah itu sewaktu makan disebuah restoran dengan berpakaian lepas waktu bekerja sambil ketawa santai.