Karya Si Pemuda

Karya Si Pemuda
Manusia Insan Seni

Wednesday, November 30, 2011

Fenomena 30 Minit Ustaz Don


Salam semua, semoga pembaca2 blog saya sentiasa sihat dan diberkati oleh-Nya..
Topik kali ni, saya nak kongsi sket mengenai Fenomena 30 minit Ustaz Don. Siapa Ustaz Don nih? dan apa yang berlaku disebalik Fenomena tersebut. Suka saya ingin berkongsi minat mengenai program yang diterbitkan TV al-hijrah baru-baru ni telah memberi pelbagai ilmu pengetahuan mengenai dunia islam sebenar..
Ustaz Don Daniyal merupakan salah seorang pensyarah di kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), bangi mula muncul dikaca Tv Al-Hijrah sejak Bulan Ramadhan yang lalu.. apa yang ingin saya perkatakan mengenai Fenomena 30 minit ialah berkenaan dengan sebuah program islam yang menyajikan pengajaran mengenai ilmu islam..

memang menarik dan bersahaja style Ustaz don nih mengacara program nih membuatkan ramai penonton senang dengan situasi tersebut. Ianya seolah-olah kite berada bersamanya..dengan cara perwatakan yang bersahaja..

"Namun tidak mustahil kita 'memadrasahkan' tv sebagai satu cara pembelajaran. Oleh kerana media tv ini merupakan satu pembudayaan secara hiburan (culture entertaining) maka Ustaz Don kita jadikan ustaz di madrasah tv bagi mengajar anak-anak muridnya, iaitu para penonton TV Al Hijrah.

"Hasilnya alhamdulillah dengan pengenalan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh Don Daniyal, kita berjaya mendapatkan sekelompok besar penonton terutama golongan remaja sehinggalah golongan eksekutif muda wanita yang tidak melepaskan peluang menonton rancangan ini," katanya.


No comments: